Tuesday 10 September 2013

Perlukah Baby Walker?

Saya pasti sesiapa saja yang dah ada bayi pandai meniarap, mesti tak sabar nak belikan dia baby-walker kan? Ala yang bulat comel-comel, kat depannya ada mainan tergantung, melekat dan butang bunyi-bunyi.

Sama la macam saya. Sebelum ni memang ada juga dengar kata orang baby-walker ni tak membantu bayi berjalan pun malah menyekat eksplorasi dia terhadap anggota badan. Maksudnya dia kurang belajar untuk duduk, berdiri, melentang, bergolek-golek dan sebagainya.

Memang saya pun malas nak belikan BW tu tapi bila tengok Adelia dah makin lasak, mengesot-ngesot cari barang, tarik playmat sampai koyak, masukkan benda-benda dalam mulut dan pelbagai lagi, saya terus decide untuk beli BW. Fikir saya, bolehlah dia duduk saja di dalamnya dan main mainan-mainan yang dekat BW tu saja.

Malah, boleh juga saya buat kerja rumah, mandi dan lain-lain tanpa risaukan dia mengesot-ngesot entah ke mana. Lalu, saya dan suami pun belikan BW. Mulanya suami suruh beli BW yang berharga rm129. Tapi dalam fikiran saya, ada juga risau-risau kalau Adelia tak suka, saya fikir baik beli yang murah saja. Kami pun beli BW yang berharga rm45 saja.

Masa di pasaraya, test la masukkan dia dalam tu. Seronok bukan main. Balik rumah, ternyata keseronokan dia tu hanyalah lakonan pentas opera semata-mata. Menjerit kuat kemain lagi tak sampai 10 saat duduk dalam BW tu. Adoi. Nasibla tak beli yang mahal. Maka, perlukah sebenarnya baby walker?

Menurut seorang kakak di pejabat saya, doktor pakar kanak-kanak pernah beritahu dia di US, BW dah diharamkan sebab banyak kes bayi melompat keluar, cedera, terjatuh dengan penggunaan BW ni. Malah, ianya tak disyorkan sebab langsung tak membantu bayi berjalan.

Kesimpulannya, BW kat rumah tu buat hiasan la ataupun lelong saja. Memang Adelia gembira sangat kalau dibebaskan macam tu saja kat atas lantai. Bukan main ber'superman' dia. Haha. Adelia dan baby walker memang tak dijodohkan untuk bersama..hehe